Remaja dirogol kenalan Instagram

Remaja dirogol kenalan Instagram

 

Seorang remaja perempuan di Selama, dekat ini  berusia 13 tahun dirogol selepas berkenalan dengan seorang lelaki menerusi laman sosial Instagram, sejak setahun lalu.

Kejadian itu terbongkar selepas ibu mangsa terbaca mesej yang mencurigakan dalam telefon bimbit anaknya itu sebelum membuat laporan polis.

Sehubungan itu, polis menahan seorang penganggur berusia 30-an dan merampas sebuah kereta yang dipercayai menjadi tempat kejadian itu berlaku, Selasa lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“Suspek direman  tujuh hari sehingga Isnin ini untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui pada Program High Profile Policing (HPP) dan kayuhan komuniti Ketua Polis Perak di Pulau Pangkor, di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan kes itu sudah lengkap dan kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.