Remaja biadab rakam aksi onani, pekup zakar dengan al-Quran siap kencing demi RM15
Hanya kerana wang berjumlah RM15, seorang pemuda di Indonesia sanggup melakukan perbuatan keji terhadap kitab suci Al-Quran.
Beronani dengan Al-Quran?
Pemuda yang dikenali sebagai Nauval Wira Hakim, 19, ditahan pihak berkuasa susulan tindakannya yang meletakkan kitab suci Al-Quran di atas kemaluannya sambil berbogel. Tertuduh menjadikan Al-Quran sebagai alat untuk beronani sebelum bertindak membuang air kecil.
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polda Tanah Datar, Inspektor Ary Andre Jr, tertuduh mendakwa dia ditawarkan wang 50 ribu rupiah (Rm15) oleh individu tidak dikenali di Telegram sekiranya merakam aksi tersebut. Tertuduh yang kesempitan wang nekad melakukannya.
Menurut Timbalan Ketua Polis Tanah Datar, Sumatera Barat, Pesuruhjaya Hikmah, tertuduh dikatakan sudah berulang kali membuat video bogel, tetapi ini kali pertama melibatkan Al-Quran.
Susulan daripada tindakan tersebut, tertuduh boleh didakwa atas tuduhan menghina agama dengan hukuman maksimum lima tahun penjara.