Remaja 17 tahun bukan hilang, rupanya ada di rumah kenalan lelaki di Kelantan
Seorang pelajar tingkatan 5 tak hilang susulan berada dalam keadaan baik di rumah kenalan lelakinya di Kubang Kerian, Kelantan.
Memetik laporan dari Berita Harian, Nur Farah Diana Mohd Erwadi, 17 yang juga merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Ampuan Durah sudah ditemui dan perkara tersebut sudah dimaklumkan kepada keluarganya.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohamad Hatta Che Din menyatakan bahawa Farah Diana sudah ditemui dan dalam keadaan baik selepas keluarga kenalannya menghantar remaja ke Balai Polis Kubang Kerian untuk dijemput ahli keluarga dari Seremban.
“Sebelum ini mangsa dikatakan hilang dari rumah keluarganya di Sikamat, sekitar jam 6 pagi sebelum polis menerima maklumat kehilangannya pada jam 07.10 pagi,” katanya.
Terdahulu, keluarga Farah Diana telah membuat laporan polis susulan mendapati bahawa gadis terbabit tidak ada di dalam bilik di kediaman mereka kira-kira jam 6 pagi.
Difahamkan, kali terakhir remaja perempuan itu dilihat adalah pada tengah malam sebelum dilaporkan hilang semalam selepas disedari ibunya sekitar jam 7 pagi.
Ujar ibu kepada Farah Diana, Nor Akmar Hariri, 43 anaknya itu menghilangkan diri bersama elefon bimbit, beg sekolah dan bekas alat solek.