Realiti sedih Tangmo Nida, pernah overdose pil tidur depresi berpisah dengan suami

Realiti sedih Tangmo Nida, pernah overdose pil tidur depresi berpisah dengan suami

 

Siasatan mengenai pemergian Tangmo Nida masih lagi berjalan, namun nampaknya satu persatu kebenaran bakal terungkap tak lama lagi. Pihak polis juga percaya bahawa pelakon cantik ini bukanlah tergelincir ketika cuba membuang air kecil, sebaliknya dia tercampak ke dalam sungai akibat kelalaian pemandu bot mengendalikan kenderaan air berkenaan.

Teman lelaki Tangmo muat naik beberapa gambar kenangan bersama

Menyorot kembali kehidupan peribadi aktres popular Thailand ini, sebenarnya dia dikhabarkan sedang bercinta dengan seorang lelaki bernama Stonerbkk (akaun Instagram : Green Man). Turut menyertai misi pencarian pada malam 24 Februari, dia terlihat meratapi jasad wanita berkenaan dengan penuh hiba. Paparan terbaru juga menyaksikan dia cuma mampu berkongsikan beberapa keping gambar mesra mereka bersama.

Rumah tangga cuma kekal 2 tahun sahaja

Pada tahun 2013 dahulu, selebriti tersebut dilaporkan pernah berkahwin dengan seorang pelakon dan penyanyi kacak bernama Tono Pakin Kumwilaisuk. Namun jodoh mereka tidak bertahan lama dan didakwa mempunyai masalah peribadi serius. Justeru itu, kedua-duanya mengambil keputusan berpisah selepas 2 tahun. Tindakan Tono yang membuat pengumuman di sebuah konsert bahawa dirinya sudah kembali single dipercayai mengecewakan Tangmo.

Sedih berpisah dengan suami, Tangmo yang depresi telan sebungkus pil tidur

Walaupun banyak kali berselisihan faham dan yakin hubungan itu akan dapat diselamatkan, namun pengakuan yang dibuat Tono di konsert terbabit telah menyebabkan Tangmo nekad menelan sebungkus pil tidur. Akibatnya, dia terpaksa dikejarkan ke pusat rawatan kerana mengalami overdose ubat. Selain itu, pemeriksaan doktor juga mendakwa artis terbabit cuba ‘potong’ pergelangan tangannya untuk menamatkan hayat sendiri.