“Reaksi muka pakcik beca tu priceless, speechless semua ‘less’, setelah berbincang diorang letak syarat, kalau nak sample air mani, kena bayar RM35, buat duit betul diorang ni”

“Reaksi muka pakcik beca tu priceless, speechless semua ‘less’, setelah berbincang diorang letak syarat, kalau nak sample air mani, kena bayar RM35, buat duit betul diorang ni”

 

Aku ingat lagi..

Waktu aku belajar medic kat indonesia berbelas tahun dahulu.. macam- macam pengalaman interesting yang aku dapat.

Salah satu contoh, time aku pergi pasar nak beli barang basah, aku nampak ada orang jual kepala babi, tapi dia pergi label kat tepi tu ‘babi halal’.

Kau yang setakat nak shopping kangkung dan ikan bilis kat situ pon dah mula jadi was-was. Waddehek babi yang ternyata haram tu pon boleh dia claim halal yihhh.

Tapi tu la aku nak bagi gambaran situasi yang kadang-kadang otak kau tak boleh nak proses, tapi boleh je terjadi kat bumi nusantara ni.

So, aku nak mengimbas pengalaman aku sebagai medical student kat sana. Kitorang ada satu session yang dinamakan sebagai ‘praktikum’. Kalau kat malaysia, sama la dengan ‘lab session’.

Praktikum ni ada macam-macam jenis. Ada praktikum patologi anatomi (lab bertemakan penyakit badan dan organ), fisiologi (fungsi badan orang), patologi klinik (sampel darah atau sebarang bendalir badan).

Aku nak cerita pasal pengalaman sehari di praktikum patologi klinik. Nama pendeknya, lab PK.

Di suatu hari yang indah, sedang angin sepoi-sepoi bahasa bertiup, mahasiswa perubatan di universitas **** ***** telah digemparkan dengan sekeping memo di papan pengumuman, yang bertulis:

“PERHATIAN KEPADA SEMUA MAHASISWA. DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PIHAK UNIVERSITAS TIDAK LAGI MENYEDIAKAN SAMPEL FESES UNTUK PRAKTIKUM PK PADA MINGGU HADAPAN. MAHASISWA DIKEHENDAKI MEMBAWA FESES SENDIRI PERKELOMPOK. HARAP MAKLUM”

Atau dalam bahasa santainya berbunyi,

“Hey whats up gaisss, dukacita dimaklumkan bahawa universiti tidak akan lagi menyediakan sampel tahi untuk lab PK minggu depan. Sila bawa tahi masing-masing untuk setiap kumpulan. Harap maklum.”

Ada la dalam 5 saat mulut aku nganga tercengang sat baca memo tu. Kalau lalat masuk mulut aku pon, maybe tak sedar sebab terlampau terkejut dengan memo tak masuk akal tu.

Zaman tu belum ada whatsapp lagi ok. So mulut aku sampai lenguh menyebarkan berita tu kat kengkawan yang satu lab dengan aku. Aku ingat lagi reaksi kawan aku,

“Eh kita amik tahi cicak je nak tak? Lecturer bukannya tau kan.”

Ni lagi sorang. Kita ni nak jadi doktor manusia, bukannya doktor cicak. Dah la rupa tahi cicak tu jauh beza dengan tahi manusia. Nak menipu tu biarlah nampak bijak sikit.

Syukurlah ada groupmate aku (lelaki indonesia) yang gentleman enough gi offer dia punya najis untuk jadi sample group kitorang.

Tapi kesian, muka memang tak rela. Dah la bagi free-free. Aku kalau orang bayar sejuta dolar pon, takmau la aku menunjukkan najis sendiri di khalayak ramai. Jatuh saham i sebagai gadis sunti mihmihmih.

Alhamdulillah, tamat sudah sehari di praktikum patologi klinik.

Akan tetapi tuan-tuan dan puan-puan, nightmare tidak berakhir di situ. Rupa-rupanya ada lagi yang lebih menyeramkan!

Tiba-tiba keluar pulak memo suruh mahasiswa bawak sampel semen (a.k.a air mani) untuk lab PK.

Aku cam apakejadah semua ini? Apa dosa kami?

Kali ni groupmate aku yang laki tu dah takmau mengalah. Cukup-cukup la dia dah korbankan air muka jantan bagi sampel najis hari tu.

Alangkah malunya beliau sekiranya kene bagi sampel air mani sendiri untuk jadi bahan kajian bersama-sama dengan groupmate perempuan. Aku ingat lagi jeritan kecil beliau,

“NGGAK!!! AKU NGGAK MAU!!”. Dengan muka terrified.

Pastu aku toleh-toleh la group sebelah, nampak macam kencang diskusi diorang. Bila dikorek-korek, diorang pon ada masalah yang sama. Semua takmau bagi lol.

End up, ada kawan laki indon kitorang suggest,

“Bisa nggak kalau kita minta sampel air mani dari pak beca? Kita bayarin aja. Pasti mereka setuju.”

Aku cam haaa nak suruh pakcik beca kat luar kelas tu bagi sampel air mani ke. Homaigod tak terjangkau dek akal aku solution tu.

Uni aku ni memang banyak beca. Pakcik beca berkerumun kat tepi2 pagar, and students sana suka naik beca as pengangkutan awam.

Ok back to the main story.

Kitorang satu group (berjumlah 6 orang) pon approach la sorang pak beca ni. Lengkap dengan lab coat semua. Pak beca ni nampak kitorang, dia pon ready siap2 hidupkan enjin motor beca dia, dan bertanya,

“Ya mau ke mana kalian semua? Ramai sekali, bisa 4 orang aja sekali jalan”

Kawan laki indon aku:

“Maaf pak, kami mau minta tolong. Bisa nggak pak beri kami sedikit air mani? Kami mau pakai untuk praktikum.”

Aku ingat lagi reaksi muka pakcik beca tu. Priceless. Speechless. Semua less.

Pastu aku nampak ada geng-geng pakcik beca lain bagi signal kat pakcik beca yang kitorang jumpa tu. Diorang macam nak gather jap berdiskusi. Sebab aku tengok geng-geng pakcik beca lain pon dah di approach oleh kawan-kawan lab kitorng dari group lain.

Nampakla time discussion tu, semua muka pakcik beca intense, sambil-sambil tu toleh kat kitorang. Mungkin diorang konpius, sejak bila memberi air mani ni termasuk dalam skop kerja diorang pffttt.

Last-last, setelah discuss, diorang letak syarat. Kalau nak sample air mani, kene bayar 100 ribu rupiah. Lebih kurang RM35. Adui buat duit betul diorang ni.

Bak kata pepatah (yang aku cipta), kerana air mani setitik, rosak dompet sebelanga.

So akhirnya, berjaya jugak la dapat sampel yang diperlukan.

Yang bagusnya, kawan laki indon kitorang ni suruh kitorang yang perempuan ni patah balik ke lab, biar dia je yang tunggu. Dia risau pakcik beca ni apa-apakan kitorang. Yela, kang tetiba pakcik beca tu dia request bukan-bukan, tak ke naya. Nauzubillah.

Dan akhirnya, berakhir sudah sessi pembelajaran praktikum PK. Terasa macam ini lah preparation lab yang paling mencabar kitorang pernah buat.

The next day, aku perasan makin banyak pulak pakcik beca yang berkerumun kat luar lab PK tu. Amboi cepat betul berita tersebar di kalangan geng pak beca ni.

Muka masing2 bersinar kalau ada students approach nak beli air mani. Bak kata omputeh, how to get easy money? Just sell air mani.

Tapi kesian juga kalau ada pakcik beca tua yang dah mati pucuk. Ketinggalanlah tak boleh join kengkawan dia yang nak buat easy money tu. Mungkin kemurungan di rumah mengenang nasib.

Sekian pengalaman secebis di bumi nusantara ni. Biarlah jadi memori yang boleh diceritakan kepada anak cucu nanti.

Oh wait cerita ni macam 18sx kan. Terpaksa la tunggu cucu aku tu umur 18 tahun. Baru nampak macam nenek yang appropriate sikit.

– Adrenaline (Bukan nama sebenar)