Razman kini petani fertigasi

Razman kini petani fertigasi

Menurut laman sosial facebook milik CEO PPNP Yahanis Yahya, beliau sedang melawat tapak pertanian yang diusahakan oleh YB PakTeh (gelaran bagi Pesurujaya PAS Perak YB Razman Zakaria.

Projek pertanian tersebut diusahakan di kawasan Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Dakwah Wal Imamah Lenggong yang merupakan milik Razman yang merupakan ADUN Semanggol.

Tanaman yang diusahakan Razman adalah teknik tanaman moden menggunakan sistem fertigasi.

Usaha gigih Razman diharapkan dapat menjadi teladan buat generasi muda terutamanya semasa negara dilanda pandemik Covid-19 ini. Razman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, NGO dan Pembangunan Modal Insan Negeri Perak.

Sumber berita : https://www.facebook.com/100002541403755/posts/3487233001371379/?d=n