“Raya kali ni betul-betul menguji hati” – Wanita TTC terguris saudara bandingkan dengan bekas isteri suami

“Raya kali ni betul-betul menguji hati” – Wanita TTC terguris saudara bandingkan dengan bekas isteri suami

 

Seorang wanita yang dikenali sebagai Eyqa Lee meluakan rasa sebak apabila dia telah dibandingkan dengan bekas isteri suami berkaitan rezeki zuriat selepas lebih tiga tahun Try To Conceive (TTC).

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Eyqa di laman TikToknya, dia tidak pernah terasa hati apabila saudara mara bertanya soalan berkaitan anak namun, tak perlu membandingkan dirinya dengan wanita lain.

@its.eyqalee

Aku benci raya kalini

♬ original sound – Eyqa Lee – Eyqa Lee

Jelas Eyqa, saudara mara mempertikaikan mengapa tidak mempunyai anak sedangkan bekas isteri suaminya dahulu mampu hamil dengan mudah.

“Tiga tahun lebih aku TTC kan, aku tak pernah nak terasa hati sangat dengan soalan berkaitan anak tapi raya kali ini memang betul-betul menguji hati aku dengan soalan yang sangat memedihkan.

“Aku pergi beraya rumah saudara mara belah suami aku, rumah yang pertama soal pasal anak..aku cakap tak ada rezeki lagi. Aku senyum je.

“Pergi rumah kedua tanya soalan sama juga, dia tanya kenapa lama sangat tak ada anak. Dia cakap dulu suami aku kahwin dengan bekas isteri dia cepat je dapat anak, kenapa dengan aku lambat.

“Kenapa nak bandingkan aku dengan bekas isteri suami aku, kalau betul lah anak itu pengukur kebahagiaan, kenapa mereka dapat anak cepat pun boleh bercerai?” katanya.

Apa yang lebih menyedihkan, Eyqa memberitahu dia sudah menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan anak termasuklah turunkan berat badan serta makan ubat kesuburan.

Kenapa korang nak tanya soalan macam tu, korang tak tahu apa yang aku lalui. Aku dah diet turun 10 kilogram, makan ubat subur itu ini korang tak tahu, sakit hati aku dengan mulut korang ni,” ujarnya lagi.

Netizen turut kecewa dengan reaksi yang diberikan oleh suaminya yang menganggap Eyqa mudah terasa hati dan sepatutnya mengabaikan kata-kata orang lain.

Dalam pada itu, ramai mendoakan agar Eyqa dikurniakan zuriat dan berharap sentiasa kuat dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan.