Rangka manusia ditemui di kuarters guru yang terbengkalai selama 5 tahun

Rangka manusia ditemui di kuarters guru yang terbengkalai selama 5 tahun

 

Sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah kuarters perumahan guru yang terletak di Membakut, Beaufort, Sabah, dua orang pekerja pembersihan dikejutkan dengan penemuan tulang dipercayai rangka manusia dalam salah satu bilik di bangunan terbiar itu.

Menurut laporan lanjut, rangka terbabit dijumpai oleh mereka kira-kira jam 8.53 pagi iaitu pada hari Rabu semalam.

Ketika dijumpai, difahamkan rangka berkenaan berada dalam keadaan menyayat hati di mana kepalanya sudah terpisah dari badan. Tengkorak kepalanya dikatakan berada pada bahagian sisi tubuh.

Turut ditemui dalam posisi terlentang, walau bagaimanapun pakaian lengkap berupa baju dan seluar masih ada pada rangka berkenaan.

Hingga kini, identiti rangka tersebut masih lagi belum diketahui dan pihak polis juga sudah memulakan kerja-kerja mengenalpasti waris-waris yang berkaitan.

Rangka berkenaan juga sudah dihantar kepada pasukan perubatan dan forensik untuk proses autopsi dalam menyiasat punca sebenar pemergiannya.

Jelas pihak polis lagi, kuaters perumahan guru itu sudah berada dalam keadaan terbiar sejak 5 tahun lalu.

Buat masa sekarang, pemergian itu dikategorikan sebagai pemergian mengejut memandangkan tiada sebarang unsur jenayah ditemui di sekitar lokasi penemuan rangka terbabit.