“Rambut panjang tak masuk neraka, Rasulullah rambut macam mana?” – Bapa mengamuk guru gunting rambut anak
“Rambut panjang tak masuk neraka, kau tahu?”
Seorang bapa kepada salah seorang pelajar di sebuah sekolah agama amuk gara-gara guru menggunting rambut anak tanpa keizinannya.
Dalam video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), bapa pelajar berkenaan datang ke sekolah lalu memarahi guru dihadapan anaknya berserta beberapa orang lain di situ.
Apa yang membuatkan si bapa marah apabila dia mendapat guru berkenaan bertindak menggunting rambut.
“Yang kau (guru) usik ni bukan anak binatang, kau tahu? Anak aku, kau faham?” soalnya.
Bapa pelajar berkenaan juga mempersoal tindakan guru itu menggunting rambut anaknya selain menyatakan seseorang berambut panjang tidak akan masuk ke dalam neraka kelak.
“Rambut panjang tak masuk neraka, kau tahu? Kau tahu tak, Rasulullah rambut macam mana? Rasulullah rambut macam mana? Aku tanya kau!,” tengkingnya.
Tindakan yang dilakukan oleh bapa pelajar tersebut boleh disifatkan sangat mengecewakan kerana memberi teguran secara terbuka dan mengaibkan di hadapan orang ramai.
“Layak ke seorang guru yang bergaji kecil dan tak pernah mengharap habuan dunia dilayan begini? Yang mereka jaga adalah anak kita.
“Kita tak mampu jaga anak kita disebabkan kekangan masa kita bekerja dan sebagainya. Jadi, apa salahnya guru dihormati dek kerana kesudian mereka memilih tugas mulia ini.
“Menghormati guru adalah tuntutan agama, jadi kalau guru adalah salah, tegur sehalus mungkin.
“Bukan aibkan guru sebegini..” tulis Furqan Fawwaz dalam hantara tersebut.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di mana mereka turut tidak menyokong tindakan bapa pelajar tersebut.
Mereka menyifatkan bapa pelajar itu tidak tahu akan peraturan sekolah yang perlu dipatuhi seandainya rambut anak telah panjang.