Ramai tak tahu duit kertas koyak boleh ditukar di Bank Negara, boleh dapat nilai penuh atau separuh

Ramai tak tahu duit kertas koyak boleh ditukar di Bank Negara, boleh dapat nilai penuh atau separuh

 

Kalau dah namanya duit, walau koyak tetap kita sayang nak buang. Selalunya kita simpan saja.

Perlu diketahui duit kertas yang terkoyak ini sebenarnya masih bernilai sekiranya ditukarkan di Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam satu perkongsian di laman sosial twitter, Abdul Rahman Al Amin Ismail, memberitahu duit kertas yang ditukarkan ke BNM ini mempunyai nilai separuh atau penuh, bergantung kepada saiz.

Jangan Buang Duit Kertas Koyak, Boleh Tukar Di Bank Negara. Boleh Dapat Nilai Penuh Atau Separuh

Dengan kata lain kalau koyak sikit bermakna kita  boleh dapat nilai yang sama dengan duit yang koyak. Jika koyak separuh, nilai yang kita terima pun separuh.

Namun menurutnya jika wang kertas berkenaan mempunyai kurang 1/2 daripada saiz wang asal, ia sudah tidak mempunyai nilainya.

Jadi selepas ini jika mempunyai wang kertas lama yang terkoyak, jangan buang. Boleh kumpul dan pergi ke BNM untuk mendapatkan nilainya semula.

Kenyataan dari Bank Negara Malaysia:

Jangan Buang Duit Kertas Koyak, Boleh Tukar Di Bank Negara. Boleh Dapat Nilai Penuh Atau Separuh

Nilai sebenar boleh diperolehi:

Jangan Buang Duit Kertas Koyak, Boleh Tukar Di Bank Negara. Boleh Dapat Nilai Penuh Atau Separuh

Jangan Buang Duit Kertas Koyak, Boleh Tukar Di Bank Negara. Boleh Dapat Nilai Penuh Atau Separuh

Boleh juga rujuk di laman web Bank Negara Malaysia untuk kriteria Kualiti Mata Wang Malaysia.