Ramai tak tahu cara simpan lengkuas, halia & kunyit supaya tak kecut, kekal segar dan tahan lama

Ramai tak tahu cara simpan lengkuas, halia & kunyit supaya tak kecut, kekal segar dan tahan lama

 

Pasti ramai yang masih tertanya-tanya bagaimana cara simpan lengkuas, halia dan kunyit supaya kekal segar dan tahan lama.

Maklumlah bahan-bahan ini jika disimpan lama akan cepat kecut dan kering. Akhirnya terbuang begitu sahaja, membazir bukan.

Jadi apa kata jom cuba petua untuk mengekalkan kesegaran lengkuas, halia dan kunyit yang telah dikongsikan oleh Fatin Nursyafawani di bawah.

Cara Simpan Lengkuas, Halia & Kunyit Supaya Kekal Segar

Langkah 1

Basuh bersih semua lengkuas, halia dan kunyit.

Langkah 2

Masukkan ke dalam bekas bersih. Isikan air sehingga tenggelam bahan-bahan tersebut.

Langkah 3

Tukar air setiap 3 hari atau bila dah nampak mula keluar lendir.