Ramai surirumah tak tahu cara nak bersihkan kesan kuning dah bau kunyit dalam blender, hanya guna 2 bahan ini sahaja

Ramai surirumah tak tahu cara nak bersihkan kesan kuning dah bau kunyit dalam blender, hanya guna 2 bahan ini sahaja

 

Menjaga kebersihan mesin pengisar atau blender sama pentingnya dengan menjaga papan pemotong agar tidak terlihat kekuningan mahupun kehitaman.

Namun kalau mesin pengisar pun cuma ada satu, mesin itulah yang kita guna untuk ‘blend’ dari sekecil-kecil bawang putih ke sebesar bawang merah.

Belum lagi dikisar dengan kunyit, Kadang itu walaupun dah direndam semalaman dan disental berjam-jam lamanya, bau dan warna masih juga melekat.

Namun jangan khuatir lagi. Ikuti perkongsian tip dari Noor Lela Abdul Samad yang anda boleh cuba bagi hilangkan kesan kuning dan bau pada mesin pengisar anda.

Blender

1. Petua limau nipis dan beras

Bahannya:

1 biji limau nipis

3 sudu makan beras

Air secukupnya

Caranya, potongkan limau nipis kecil-kecil. Kemudian, masukkan beras dan air ke dalam blender. Masukkan pula limau yang dipotong tadi dan kisar.

Kisar dalam 15 – 20 saat dan tuang bahan kisar ke dalam bekas lain. Cuci bersih blender.

** Bahan kisar usah dibuang – kita boleh gunakan untuk bersihkan bahagian luar dan dalam blender untuk hilangkan kesan kuning degil dan juga bau

2. Petua guna garam

Caranya: Basuh blender menggunakan segenggam garam kasar, kalau tak ada, boleh guna garam halus dan juga sebiji limau nipis, perah airnya saja. Kalau rendam sekejap lagi bagus. Kemudian cuci dan basuh seperti biasa.

3. Petua guna kelapa parut

Caranya: Ambil sikit kelapa parut, air dan masukkan ke dalam blender. Blend beberapa saat. Hasilnya, kesan kuning dan rasa pedas tu semua hilang, Insyaallah.

4. Petua guna Soda bikarbonat

Caranya: Campurkan 2 sudu bikarbonat, 2 sudu garam kasar, sedikit cecair pencuci dan 2 cawan air paip ke dalam blender.

Kemudian blend. Pastikan semua dinding jug blender terkena dengan air bancuhan tadi. Lepas itu, cuci dan basuh seperti biasa.

5. Petua Lemon dan soda bikarbonat

Caranya: campurkan 2 sudu soda bikarbonat dan jus lemon. Kemudian guna campuran tadi untuk cuci dan gosok blender. Bila dah puas hati, basuh dan cuci dengan air seperti biasa

Selepas ini dah tak perlu risau kalau ada satu saja blender di rumah. Cuci bersih blender guna petua-petua ni. Kemudian,  bolehlah guna untuk blend buah atau adunan kek.

Semoga bermanfaat.