Ramai sebak lihat kereta dipercayai milik mangsa nahas MH370 terbiar di airport

Ramai sebak lihat kereta dipercayai milik mangsa nahas MH370 terbiar di airport

 

Pada tahun 2014 yang lalu, seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita nahas pesawat MH370 yang dilaporkan hilang bersama-sama penumpangnya. Selepas lapan tahun berlalu, misteri kehilangan pesawat itu masih lagi belum terjawab sehingga sekarang ini.

Baru-baru ini, seorang individu berkongsikan keadaan sebuah kereta yang dipercayai milik kepada mangsa nahas MH370 yang terbiar di lapangan terbang ini. Keadaan kereta itu yang terbiar dan dipenuhi dengan habuk itu turut membuatkan ramai sebak melihatnya.

@yourjiranstory

Sejarah hitam. Al fatihah~ #foryoupage #foryou #fypage

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Menerusi video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan keadaan sebuah kereta yang diletakkan di tempat meletak kenderaan itu. Menurutnya, kereta itu dipercayai milik kepada mangsa nahas MH370 yang terbiar begitu sahaja.

Turut kelihatan, kereta itu yang di clamp kerana terlalu lama dibiarkan di kawasan parkir tersebut. Dalam masa yang sama, kereta tersebut dilihat dipenuhi dengan habuk tebal selepas lapan tahun ditinggalkan di situ oleh pemiliknya.

terbiar

Pemilik video turut berkongsikan road tax yang ditampal pada kereta itu yang menunjukkan tarikh luput pada tahun 2015. Melihatkan keadaan kereta yang terbiar itu, ramai netizen yang berasa sebak apabila kereta itu tidak dituntut malah dibiarkan sahaja di kawasan terakhir mangsa meninggalkan keretanya.

Ada juga yang mencadangkan supaya kereta-kereta milik mangsa nahas MH370 dan juga MH17 diletakkan di muzium sebagai kenangan. Malah ada yang memberitahu pernah menemui beberapa kenderaan yang terbiar di lapangan terbang dipercayai milik mangsa-mangsa terlibat.

“Patutnya disimpan oleh muzium negara. Title penantian yang tiada penghujung. Orang akan ingat sampai bila-bila.”

kereta

“Haritu ada baca satu cerita, katanya sengaja waris tak nak ambil kereta tu sebab masih mengharap mangsa tu akan pulang.”

MH370

“Pasti tuan kereta tu pun tak sangka itu lah hari terakhir dia parking kereta kat situ…”

komen

“Saya pun pernah tengok banyak kereta dekat parking klia…”

tik tok