Ramai ‘puas hati’ tengok rakan baik Tangmo Nida tunjal kepala Kratik

Ramai ‘puas hati’ tengok rakan baik Tangmo Nida tunjal kepala Kratik

 

Sudah tiga hari berlangsungnya upacara pemakaman mendiang pelakon terkenal Thailand iaitu Tangmo Nida yang berlangsung 12 Mac hingga 14 Mac lalu. Upacara berkenaan diadakan di Gereja Liberty Bangkok, Thailand.

Rakan baik tunjal kepala Kratik

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok dikenali sebagai Hannana, memaparkan ‘babak’ yang membuatkan ramai netizen berpuas hati kerana kepala Kratik ditunjal oleh salah seorang rakan baik Tangmo

Kratik dimarahai oleh sahabat Tangmo ketika upacara pemakaman hari terakhir Tangmo hari ini.

Di dalam video berkenaan turut memperlihatkan individu tersebut ‘menolak’ kepala Kratik dengan menggunakan jarinya sambil memarahinya.Kratik dilihat seperti ingin mempertahankan dirinya selepas dimarahi oleh rakan baik Tangmo.

Difahamkan, upacara pembakaran mayat selebriti terkenal itu yang sepatutnya dilakukan hari ini ditunda secara rasmi kerana ibu Tangmo mengarahkan pihak forensik untuk melakukan bedah siasat untuk kali kedua.

Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 29 saat itu meraih lebih tiga juta tontonan dan mendapat lebih 295 ribu tanda suka di TikTok.

Video penuh

@hannanajj

Balas @hannanajj getrick manager tangmo, terlihat di labrak/dimarahi hari ini oleh sahabat #tangmo #tangmonida #bird #แตงโม #เบิร์ด #angry #fyp #fypシ

♬ suara asli – DENII – DENII

@hannanajj

Balas @ummahhanahan Saksi Perdebatan antara gatrick dan sahabat tangmo adalah pria ini #tangmo #แตงโม #angry #funeral #gatrick #getrick #fyp #fypシ #manager

♬ Minefields – Faouzia & John Legend

‘Puas hati aku’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpuas hati dengan tindakan rakan baik Tangmo itu. Malah ada juga di antara mereka berharap agar ada keadilan terhadap kes kematian Tangmo.