Ramai pilih bab menutup aib, tapi lupa ada mangsa sedang dizalimi dengan kecurangan

Ramai pilih bab menutup aib, tapi lupa ada mangsa sedang dizalimi dengan kecurangan

 

Saya tak setuju bukak aib.

Tapi amat pelik bila berlaku kes suami curang, ramai terlalu fokus kepada ‘menutup aib’.

Kita boleh beratkan perhatian kita kepada gejala ikhtilat tanpa batas, gejala zina, gejala curang, amanah suami isteri dalam berumah tangga.

Tapi kita ramai-ramai pilih bab menutup aib.

Lupa ada mangsa sedang dizalimi dengan kecurangan itu.

Allah akan bersama-sama orang yang dizalimi.

“Allah membenci perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” Surah An-Nisa’ ayat 148.

Ya, ayat lepas tu disebutkan perihal memaafkan lebih baik. Tetapi tidak ada salahnya jika tidak memaafkan. Tidak ada salahnya tidak kejar ‘lebih baik’. Sebab yang dianiayai itu manusia biasa, ada hati, ada perasaan, ada emosi.

Saya tak bersetuju juga nama-nama dan wajah-wajah yang terlibat diviralkan, disebut-sebut ramai.

Tetapi sewajarnya kita mengkritik perbuatan curang itu, berkeras dengan kejelekan pergaulan bebas melampau dan menolak sekeras-kerasnya perbuatan curang, menzalimi isteri. Itu wajar menjadi prioriti kita.

Kita boleh sebut dan angkat semua itu tanpa sepatah pun merujuk/menyebut kes viral dan watak-wataknya sebagai jalan menutup aib mereka.

Dengan tindakan sedemikian, biar masyarakat tahu dan rasa sungguh bahawa curang, ikhtilat melampau, zina, itu semua perbuatan jijik.

Bukan masyarakat nampak Islam menyebelahi, memenangkan, memudahkan urusan pencurang2 dan perbuatan maksiat atas nama tutup aib.

Ini saya tengok, orang komen macam lagi meraikan pulak yang curang. Cakap buat kerja tak clean. Cakap hebat dapat awek baru. Cakap macam benda tu tak jijik. Salahkan si isteri, cakap macam2 yang tak baik ke atas si isteri. Walhal si isteri tu dicurangi, dikhianati.

Apa nak jadi masyarakat kita ni.

***********

Jangan halalkan zina. Jangan tunjuk kegembiraan kepada perbuatan zina. Jangan kata untung pada perbuatan zina. Jangan kata ‘rezeki’ pada perbuatan zina. Jangan berikan apa pun bentuk sambutan, sokongan, sorakan, penerimaan kepada perbuatan zina.

“Janganlah kamu dekati zina. Sesungguhnya ia perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan.” Surah Al-Isra’ ayat 32.

Zina merosakkan hubungan. Zina meruntuhkan institusi keluarga. Zina membiakkan dosa-dosa lain (contohnya menipu). Zina meningkatkan kemungkinan penghasilan anak luar nikah, dan meningkatkan kemungkinan pembuangan anak luar nikah bahkan pembunuhan anak luar nikah. Zina merosakkan nasab keturunan. Zina meningkatkan kemungkinan penyebaran penyakit.

Barah zina bila tak terkawal, membiak jadi industri. Industri lucah, industri porno, industri perlacuran. Zina membiak melunturkan rasa malu masyarakat, sampai ada buat grup-grup lucah. Ada yang hilang rasa malu sampai buat grup bertukar-tukar suami & isteri. Ada yang sampai terlajak hilang malu sampai buat dengan anak, dengan bapak, dengan mak.

Bila industri zina, industri lucah membiak, masyarakat pun kena tempias. Lawak-lawak lucah jadi biasa. Gangguan seksual jadi biasa. Kes rogol berleluasa sebab dah mula ada ahli-ahli masyarakat luntur rasa malu, rasa berdosa, tambah pulak tak lagi terlatih mengawal nafsu sebab otak dan jiwa dah dirosakkan kelucahan, maksiat zina.

“Janganlah kamu dekati zina. Sesungguhnya ia perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan.” Surah Al-Isra’ ayat 32.

Perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan.

Maka kita ada tanggungjawab.

Jangan halalkan zina. Jangan tunjuk kegembiraan kepada perbuatan zina. Jangan kata untung pada perbuatan zina. Jangan kata ‘rezeki’ pada perbuatan zina. Jangan berikan apa pun bentuk sambutan, sokongan, sorakan, penerimaan kepada perbuatan zina. Ajar anak dan keluarga kejijikan zina, kesan perbuatan zina.

Selamatkan diri.

Selamatkan keluarga.

Selamatkan masyarakat.

Kredit penulisan Tuan Hilal Asyraf (Official)

Akhi Fairuz Al-Jengkawi