Ramai perasan produk 7-Eleven semakin best dan menarik, ini kisah disebaliknya

Ramai perasan produk 7-Eleven semakin best dan menarik, ini kisah disebaliknya

 

Mungkin ramai yang tak tahu, rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven sudahpun bertapak di Malaysia sejak tahun 1984 dengan pembukaan cawangan pertama di Bukit Bintang. Selepas 40 tahun di Malaysia, kini terdapat lebih 2,400 cawangan seluruh negara.

Pada tahun lalu, syarikat berkenaan membuka 7CAFé ke-100 secara rasmi di The Tropika Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan menariknya cawangan tersebut menawarkan pengalaman membeli-belah kemudahan gaya hidup yang kini telah menjadi trend pilihan di Malaysia.

Kalau korang perasan, produk yang ada di 7CAFé pun semakin hari semakin menarik dan sekarang pun dah ada pelbagai rangkaian produk yang sedia untuk dimakan yang pastinya bakal dijadikan ‘port’ sarapan pagi pilihan ramai.

Baru-baru ini, 7-Eleven Malaysia mengumumkan yang mereka bakal melancarkan kemudahan komisari dan memperkenalkan seorang chef tempatan yang bakal bertindak sebagai Pengurus Dapur Pusat tersebut iaitu Chef Riza yang mempunyai pengalaman luas dalam kulinari dan pernah berkidmat di rangkaian hotel 5 bintang, pusat perubatan swasta dan banyak lagi.

Chef 2 1

Selain itu, Chef Riza juga bakal membawakan idea dan ciptaannya untuk dinikmati oleh pelanggan menerusi rangkaian produk yang ditawarkan di 7CAFé.

Menurut Chef Riza lagi, beliau akan membentuk sebuah ‘dream team’ dengan proses yang sistematik bagi menghasilkan produk terbaik dan juga mengadakan kerjasama dengan 7in Jepun bagi mendapatkan nasihat dan cara kerja terbaik.

Dalam masa yang sama, 7-Eleven komited menyokong pengeluar bahan mentah daripada pembekal dan pengeluar tempatan yang juga bakal digunakan dalam menghasilkan menu makanan baharu termasuklah menggunakan bahan bermusim tempatan, salah satu contoh ialah durian dan juga bunga kantan.

Selain mempunyai ‘pasukan’ terbaik, dapur komisari 7-Eleven juga bakal dilengkapi dengan mesin-mesin baharu yang bakal mengurangkan pengendalian makanan secara manual dan ini secara tak langsung meningkatkan konsistensi produk.

Chef 4 1

Pun begitu, Chef Riza mengakui terdapat beberapa perkara yang bakal menjadi kekangan bagi membekalkan makanan segar seperti makanan dingin yang biasanya bergantung kepada masa dan suhu. Sekiranya ia tidak diawasi, pastinya makanan akan cepat rosak dan sebagainya.

Oleh itu, menurutnya, setiap aspek pengendalian makanan bermula dari perolehan bahan sehinggalah dibekalkan pada kedai, kualitinya akan dipastikan dalam keadaan terbaik.

Salah satu contoh produk hasil tangan Chef Riza yang korang boleh dapatkan di lebih 700 cawangan 7CAFé dan 7-Eleven di Semenanjung Malaysia ialah rangkaian sandwich dengan resipi terbaharu seperti Spicy Lime Sardine, Tuna Mayo Sandwich dan pelbagai lagi dengan harga bermula dari RM 4.90.

Poster Sandwich

Tapi, bukan itu sahaja lah. Ada pelbagai lagi rangkaian makanan yang ditawarkan di 7CAFé dan 7-Eleven dan korang boleh tengok sendiri di sini dan sambil-sambil tu, jangan lupa untuk muat turun aplikasi My7E untuk menerima pelbagai manfaat seperti promosi khas, kutipan mata dan pelbagai lagi jika korang daftar sebagai My7E member.