Ramai komen wajah Bilal seiras Afwa lepas foto tersebar, rupanya Siti Nurhaliza pernah cakap pasal ini

Ramai komen wajah Bilal seiras Afwa lepas foto tersebar, rupanya Siti Nurhaliza pernah cakap pasal ini

 

Semalam, kecoh di media sosial mengenai wajah sebenar anak lelaki pasangan selebriti, Noor Neelofa dan Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal apabila ia didedahkan oleh individu. Difahamkan, gambar tersebut diambil oleh seorang individu sewaktu berada di sebuah hospital swasta dan memuat naik ke media sosial.

Comelnya, muka macam Afwa

Tersebarnya wajah sebenar Bilal di media sosial, ramai memuji kecomelan anak kepada pasangan selebriti tersebut. Malah, terdapat juga warganet mengatakan wajah Bilal seiras dengan anak penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Afwa Khalid.

Patutlah Tokti cakap gebu macam Afwa

Betul Lofa cakap gebu2 macam Afwa

Sementara itu, imbas kembali komen ditinggalkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tokti pada sebuah hantaran gambar Bilal di laman Instagram seolah-olah memberi gambaran Bilal persis anaknya, Afwa.


Tidak kiralah comel macam siapa sekalipun, setiap bayi mempunyai kecomelan yang tersendiri. Semoga Muhammad Bilal membesar dengan baik, menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa, keluarga dan berbakti kepada masyarakat.

Sedih Gambar Anaknya Diviralkan Tanpa Izin, Ini Tindakkan Neelofa Terhadap Individu Tersebut

Terdahulu, Neelofa mengakui terkilan dengan tindakan netizen yang menyebarkan wajah anaknya di aplikasi TikTok. Menurut Neelofa, apa yang dilakukan individu tersebut seolah-olah tidak menghormati dirinya dan suami sebagai ibu bapa Bilal.

“Macam ni lah… sebagai seorang ibu, sudah tentulah perkara tersebut menyinggung perasaan saya. Kalau you all nampak kat luar (Bilal), takkan saya nak sorok muka dia?

“Kemudian you all share dan upload, macam you tak hormati kehendak saya. Kenapa you nak buat next step bila saya pun belum buat lagi? Bagilah saya sebagai ibu yang lahirkan buat benda tu,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa turut meminta agar diberikan sedikit ruang serta tidak lagi ditanya mengenai anaknya dan dia akan berkongsikan apabila tiba masanya nanti.

“Saya rasa pasal Bilal ni banyak dah saya share. Rasanya cukuplah. Sampai masanya nanti kita akan kongsikan. Saya dan suami sudah pun rancang bila nak keluarkan wajah anak, cuma tak tahu kenapa perlu jadi yang pertama nak sebar?” katanya.

Menerusi video dimuat naik seorang individu, bayi yang didukung oleh seorang wanita didakwa Neelofa dan suami, PU Riz di sebuah hospital atau klinik dipercayai Muhammad Bilal.

Dalam pada itu, ada yang beranggapan tidak perlu mengambil foto ‘curi-curi’ seperti itu kerana melanggar privasi seseorang apatah lagi menyebarkannya di media sosial.

@farrich2022

MasyaAllah Tabarakallah comelnya Bilal, anak Neelofa. Moga membesar dengan baik 🥰

♬ original sound – Rich – Rich