Ramai kata stail terbaru Syamsul Yusoff macam John Wick versi Genji

Ramai kata stail terbaru Syamsul Yusoff macam John Wick versi Genji

 

Penampilan baharu pelakon dan pengarah terkenal Malaysia menjadi perhatian warganet kerana beliau memuat naik satu gambar di Instagramnya semalam yang seakan-akan dengan pelakon luar negara ?

Syamsul Yusoff tampil dengan sut serba hitam dan rambut panjangnya disisikan kebelakang dengan rapi dengan menangkap gambar dirinya dihadapan cermin dengan bergaya.

Beliau tampil dengan gaya lain dari dirinya yang sebelum ini yang menampakkan beliau kelihatan smart dan stylo.

Macam John Wick Atau Genji?

Rata-rata peminatnya memberi komen yang mengatakan beliau seolah-olah macam John Wick, ada yang mengatakan macam Genji iaitu pelakon Jepun.

Peminatnya memberi komen terhadap penampilannya dan memberi respon yang baik terhadap dirinya.

Sekadar info, Syamsul Yusoff atau nama sebenar Mohd Syamsul Mohd Yusof merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis, penerbit, dan penyanyi Malaysia.

Beliau terkenal menerusi filem-filem bergenre aksi dan seram sehingga berjaya mencipta rekod sebagai Pengarah Terbaik paling muda pernah memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 iaitu pada usia 25 tahun. Beliau ialah anak kepada pengarah tersohor negara yang pernah mendapat jolokan Six Million Dollar Man, Datuk Yusof Haslam.