Ramai kagum lihat Anwar Ibrahim mampu buat ‘plank’ di usia 74 tahun

Ramai kagum lihat Anwar Ibrahim mampu buat ‘plank’ di usia 74 tahun

 

Tular di media sosial mengenai hantaran Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang memuatnaik video pendek dirinya melakukan senaman bersama jiran sekaligus menarik perhatian warganet.

Mampu Buat Plank 

Manakan tidak, siapa sangka ahli Parlimen Port Dickson ini, masih gagah seperti orang muda malah mampu melakukan senaman plank secara santai tanpa kelihatan letih di usianya 74 tahun.

Foto – Instagram @anwaribrahim_my

Netizen Kagum Lihat DSAI Buat Senaman Plank

Tertarik dengan aktiviti yang dilakukan Anwar, warganet membanjiri ruangan komen hantaran tersebut dengan memberikan komen-komen yang positif serta kagum melihat keupayaannya melakukan senaman itu.

Foto – Instagram @anwaribrahim_my

“Takut ambo tengok DSAI. Kalah orang muda”

“Bagus Dato.. Baik untuk kesihatan”

“Harap anda kekal selamat dan sihat Dato Seri #ournextpm”

“Terbaik idola kami!”

“Saya tak boleh plank selama 1 minit pun”

“Steady’ Datuk Seri”

Foto – Instagram @anwaribrahim_my

“Hebat”

“Mantap YB”

“Dato saya buat plank kejap pun dah rasa nak meletup perut”

“Bagus Dato.. Baik untuk kesihatan”

“Walaupun dah otai.. Tapi masih kuat, cayalah ‘my boss’ semoga berjaya” komen mereka

Sekadar info, selain memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Port Dickson, Anwar juga menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ketua gerakan Pakatan Harapan.

Steady lah Datuk Seri, ada yang nak ikut bersenam macam Ahli Parlimen Port Dickson di hujung minggu ni nanti?

Sumber: Murai