Ramai ibu bapa tak tahu bahaya beri anak makan jajan, penjelasan doktor ini memang mengejutkan

Ramai ibu bapa tak tahu bahaya beri anak makan jajan, penjelasan doktor ini memang mengejutkan

 

Telah banyak diperkatakan sebelum ini mengenai keburukan memakan snek ringan, keropok atau jajan yang mengandungi pelbagai perasa tiruan.

Walaupun sangat mengasyikkan serta enak dimakan, amalan tidak menyihatkan ini sebenarnya dikhuatiri dapat memudaratkan serta merosakkan sel otak kanak-kanak.

Kenapa agaknya, ya? Ikuti huraian yang dibuat oleh Dr Mazliana Mazlan di Facebooknya berikut bagi memahami dengan lebih jelas bahaya suka memberi anak makan jajan.

Jajan

Jajan macam ni, boleh rosakkan sel otak anak.

Tak boleh jadi goodies untuk anak tadika.

Keropok ketam.

Keropok udang.

Keropok ikan.

Keropok cheese.

Keropok kentang.

Apa-apa je yang seangkatan dengan keropok macam ni, elakkan bagi pada anak tau.

Anak-anak kecil tak boleh makan keropok yang penuh dengan perasa tiruan.

Label ditulis ketam, udang, ikan, cheese, kentang, nampak sihat dan macam real food. Tapi bila kita baca label tengok bahan ramuan yang digunakan, tak terkira betul banyaknya bahan yang kita langsung tak faham.

Bukan datang dari bahan makanan sebenar. Tapi banyak perasa dan perisi tiruan yang digunakan.

Bukan untuk anak kecil kita. Mereka tak boleh kenal dengan jajan ni semua okay.

Kita buat sama-sama ya. Cuba elakkan sehabis baik makanan tinggi perasa dan perisan tiruan macam ni.

Mazliana Mazlan