Ramai hairan Proton Satria biru ‘terbang’ sampai tersangkut atas bukit, rupanya ini kisah sebenarnya yang berlaku

Jika Perodua Myvi sering dikaitkan sebagai sebuah kereta yang sentiasa terlibat dalam insiden-insiden ekstrem di Malaysia. Untuk tahun ini, Proton Satria pula mengikut jejak langkahnya.
Baru-baru ini tular satu klip video sebuah Satria berwarna biru tersangkut di atas bukit tepi lebuh raya.
Video tersebut mengundang kehairanan netizen bagaimana kereta tersebut boleh ‘terbang’ setinggi itu.
Menerusi perkongsian TikTok @utusantvoffical, Satria itu bukanlah ‘terbang’ seperti diperkatakan oleh orang ramai.
Sebaliknya pemandu terbabas ke bahu jalan, sebelum mendaki bukit melalui laluan yang ada bersebelahan papan tanda tepi lebuh raya itu.
Ada netizen mendakwa kemungkinan pemandu micro sleep sehingga menyebabkan beliau terbabas.
Pun begitu, netizen bersyukur kerana kemalangan itu tidak melibatkan pengguna jalan raya lain.
Dalam satu video lain, sebuah kren digunakan untuk mengangkat turun kereta daripada bukit tersebut.
@utusantvofficial Replying to @wan_roger Ini kisahnya 😁. 📽 milik mdzaidi112. #plushighway #terbang #satriabiru #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp
@syarifayep Semoga tuan kereta baik baik aje #fyp