“Rakan turunkan jenazah sahabatnya sendiri” – Operator kren ditemui maut dalam kabin di ketinggian 20 meter

Seorang pekerja operator kren menara ditemukan meninggal dunia dalam kabin jentera di tapak pembinaan dekat Persiaran KLCC semalam.
Menurut sumber, lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan tidak sedarkan diri sebelum rakan sekerja meminta bantuan pasukan bomba bagi menurunkan mangsa yang berada pada ketinggian hampir 20 meter.
Menerusi kenyataan bomba, pihaknya menerima panggilan pada 5.43 petang dan pemeriksaan oleh pegawai perubatan kesihatan mengesahkan mangsa sudang meninggal dunia.
“Mangsa berjaya dibawa turun oleh anggota dengan menggunakan bantuan dari menara kren bersebelahan pada jam 7.46 malam,” kata bomba.
Khidmat terakhir seorang sahabat
Menerusi sebuah video di TikTok, dipaparkan detik-detik mayat dibawa turun menggunakan kren menara bersebelahan yang dikendalikan oleh rakannya.
“Khidmat terakhir seorang sahabat turunkan jenazah sahabatnya sendiri,” tulisnya dalam video tersebut.
@jejakasederhana Selamat jalan Daniel….Semoga di tempatkan di kalangan org² yg beriman..16/11/23 Pergi nya seorang sahabat di atas kren menara dan jenazah di turunkan menggunakan kren menara bersebelahan yg di kendali oleh sahabat sendiri… #alfatihah #krenmenara #towercraneoperator #towercrane #craneoperatormalaysia🇲🇾 #selamatjalankawan
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, mayat lelaki warga tempatan itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.