Rakan dedah pelakon tak bayar sewa rumah tiga bulan, pergi kelab malam mampu pula?

Rakan dedah pelakon tak bayar sewa rumah tiga bulan, pergi kelab malam mampu pula?

 

Seorang pelakon yang namanya sedang meningkat naik didakwa tidak membayar sewa rumahnya selama 3 bulan. Pulak dah..

Menurut laporan Boom, pelakon itu sudah tiga bulan tangguh bayar rumah sewa dan perkara ini dibongkarkan sendiri rakan serumahnya.

Sudah tiga bulan dia tak bayar sewa tepat pada waktunya. Ada sekali tu tak bayar langsung. Bila dia kejap bayar kejap tak, kami yang terpaksa dahulukan duit untuk tampung sewa serumah.

Kalau sesekali tu boleh lah tolong. Tapi bila dah berulang kali, siapa boleh tahan?

Bukan tu jer, pelakon tersebut juga lebih utamakan untuk pergi ke kelab malam sejak kebelakangan ini selepas terima banyak tawaran berlakon.

Sebab itulah rakan serumahnya pertikai takkanlah dia tak mampu nak bayar sewa.

Nak have fun pun berpada-padalah, jangan sampai lupa tanggungjawab.

Senanglah kalau duduk free macam tu. Korang rasa siapa pelakon yang berbadan sasa ni?