Rakaman lelaki mirip pelakon & anak pendakwah terkenal sedang bercium dengan wanita tular di TikTok

Rakaman lelaki mirip pelakon & anak pendakwah terkenal sedang bercium dengan wanita tular di TikTok

 

Sebuah video tular di TikTok menunjukkan seorang lelaki yang didakwa mirip seorang pelakon baru sedang melakukan aksi tidak senonoh.

Menerusi rakaman tersebut lelaki yang juga dikatakan anak kepada pendakwah terkenal dilihat sedang berciuman dengan seorang wanita berambut panjang.

Menurut laporan Gempak, video itu berdurasi 26 saat dan lelaki berkenaan turut berpelukan dengan wanita itu sebelum menciumnya di bibir.

Akaun TikTok itu turut mempamerkan Instagram wanita berkenaan yang dipercayai adalah kekasih pelakon terbabit kerana gambar mereka berdua digunakan sebagai gambar profil Instagram.

Ramai netizen tertanya-tanya tentang kesahihan video berkenaan atau sama ada ia hanyalah pelanduk dua serupa atau telah disunting.

Sementara itu, tinjaun Beautifulnara ke profil Instagram pelakon berkenaan mendapati tiada kemas kini terbaru daripadanya.