Rakam video trend di pejabat kerajaan, etika penjawat awam dipersoal

Rakam video trend di pejabat kerajaan, etika penjawat awam dipersoal

 

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengingatkan kepada penjawat awam agar menggunakan media sosial dengan berhati-hati.

Menerusi hantaran di media sosial itu, JPA meminta penjawat awam mematuhi segala dasar dan peraturan yang sedang berkuat kuasa bagi mengelakkan salah faham yang mengundang kontroversi.

“Penjawat awam merupakan aset dan nadi kepada barisan hadapan negara yang teguh mengamalkan prinsip ke-3 H.E.M.A.T iaitu ‘menyesuaikan’ (Accomadate) dengan cara kerja selari dengan agenda kerajaan dalam perkhidmatan awam,” tulisnya.

Katanya, masyarakat sentiasa memerhati dan menilai segala tindakan penjawat awam samada ditunjukkan di media sosial mahu pun secara luaran.

“Penjawat awam merupakan ejen kepada kerajaan dalam menyantuni rakyat dengan mengangkat nilai teras kesopanan dan kesusilaan dalam merealisasikan #MalaysiaMADANI,” tulis hantaran tersebut.

Justeru itu, penjawat awam diingatkan supaya mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

Selain itu juga, penjawat awam perlu peka dengan etika dalam menggunakan media sosial.

Namun begitu, netizen mempersoalkan tindakan sekumpulan wanita yang dipercayai penjawat awam merakamkan video trending ‘alamak raya lagi’.

Menerusi lokasi yang ditandakan oleh pemilik video, rakaman tersebut dibuat di bangunan di pejabat Putrajaya.

Bagaimanapun, ada yang mendakwa tidak menjadi kesalahan sekiranya rakaman berkenaan dibuat semasa waktu rehat.