Raja-Raja Melayu mesyuarat Jumaat ini, dijangka calon PM dari pelbagai parti

Raja-Raja Melayu mesyuarat Jumaat ini, dijangka calon PM dari pelbagai parti

 

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu dijangka diadakan Jumaat ini di Istana Negara bagi membincangkan mengenai pemilihan calon Perdana Menteri (PM) yang mempunyai sokongan majoriti.

Memetik laporan sebuah akhbar,Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka mendedahkan calon Perdana Menteri daripada pelbagai parti.

Buat masa ini, semua Ahli Parlimen diberikan masa sehingga pukul 4 petang hari ini untuk menyerahkan surat akaun bersumpah (SD) kepada Istana Negara mengenai calon Perdana Menteri disokong mereka.

Lantaran itu, mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang berjaya membuktikan sokongan majoriti SD bagi menterjemahkan sokongan kepadanya sebagai Perdana Menteri disifatkan mempunyai laluan cerah untuk memegang jawatan itu.

SD itu yang ditandatangani Ahli Dewan Rakyat akan menjadi dokumen sokongan dalam membantu Al Sultan Abdullah menentukan lantikan Perdana Menteri baharu.

Berdasarkan Perlembagaan, Al Sultan Abdullah akan melantik calon yang berjaya membuktikan sokongan majoriti dan ia selari dengan tindakan baginda meminta semua Ahli Parlimen mengemukakan surat SD sebelum pukul 4 petang hari ini.

Sumber: Kosmo