Raih sehingga RM15,000 sebulan, Azlee Senario bayar kereta & rumah guna ‘gift’ TikTok

Raih sehingga RM15,000 sebulan, Azlee Senario bayar kereta & rumah guna ‘gift’ TikTok

 

Pelakon dan pelawak senior, Azlee Senario mengakui platform TikTok sedikit sebanyak telah membantu dirinya meraih pendapatan sampingan menerusi sesi siaran langsung.

Menurut Azlee atau nama sebenarnya Muhammad Azlee Jaafar, dia terharu melihat sokongan peminat yang menghargai kerjayanya dalam bidang seni dengan menyumbang hadiah dalam bentuk ‘koin’ atau ‘gift’ TikTok.

“Saya pun tak sangka penangan TikTok ni dan saya baru sahaja belajar. Ia bermula ketika saya menjadi juri untuk sebuah program TV.

“Ada sahabat cadangkan saya untuk buat live di TikTok. Katanya boleh cari duit lebih untuk tambang balik. Pada mulanya, saya macam malas nak mula.

“Kemudian, sahabat saya itu ciptakan akaun dan saya tak sangka platform itu boleh jana pendapatan. Saya terkejut sebab orang boleh beri ‘gift’ sebanyak itu.

“Ada satu hari, saya buat live selama lima minit dan telah meraih RM8,500,” katanya kepada Media Hiburan.

Lantaran itu, Azlee turut menyeru kepada para anak seni terutamanya artis senior untuk memanfaatkan platform TikTok demi meraih pendapatan sebagai persediaan sekiranya tiada tawaran kerja.

“Ia ini boleh menjadi platform untuk meraih pendapatan sampingan terutamanya buat artis-artis lama. Mereka masih ada peminat yang sayang mereka dan akan berkongsi rezeki.

“Kita lihat sahaja Datuk Red, dia pernah susah sampai terduduk tapi disebabkan dia buang rasa malu dan gunakan platform yang betul, masyarakat jadi sayang pada dia.

“Kita bukan minta sedekah tapi orang yang memberi. Itu hadiah daripada orang ramai,” ulasnya lagi.

Dalam pada itu, Azlee turut mendedahkan dirinya mampu meraih pendapatan mencecah lima angka dalam masa sebulan dengan mengadakan sesi siaran langsung di TikTok.

“Saya tidak buat live setiap masa. Saya ada sasaran saya sendiri. Dalam satu hari, saya mencari RM500 dan kalau lebih, itu bonus.

“Dalam sebulan saya boleh dapat RM15,000. Saya akan keluarkan setiap hujung bulan. Saya anggap ia pendapatan bulanan saya.

“Alhamdulillah, setakat ini, duit kereta dan rumah, TikTok yang bayar,” akhirinya.

Pernah suatu hari, pelawak ini membuat sesi langsung selama 5 minit sahaja tetapi mendapat gift sebanyak RM8,500.

Saya pun tak sangka penangan TikTok ni dan saya baru sahaja belajar. Ia bermula ketika saya menjadi juri untuk sebuah program TV.

Ada sahabat cadangkan saya untuk buat live di TikTok. Katanya boleh cari duit lebih untuk tambang balik. Pada mulanya, saya macam malas nak mula.

Kemudian, sahabat saya itu ciptakan akaun dan saya tak sangka platform itu boleh jana pendapatan. Saya terkejut sebab orang boleh beri ‘gift’ sebanyak itu.

Namun, Azlee yang turut berniaga secara kecil-kecilan tidak membuat live sepanjang masa. Dalam satu hari, pelawak ini mensasarkan RM500, jika dapat lebih dia akan menganggap ianya sebagai bonus.

azlee senario

Dalam sebulan saya boleh dapat RM15,000. Saya akan keluarkan setiap hujung bulan. Saya anggap ia pendapatan bulanan saya.

Alhamdulillah, setakat ini, duit kereta dan rumah, TikTok yang bayar.

Beliau menyeru artis senior yang tidak menerima tawaran kerja supaya memanfaatkan platform TikTok sebaiknya.

Kita bukan minta sedekah tapi orang yang memberi. Itu hadiah daripada orang ramai.

Pelawak ini terharu mendapat tahu ramai peminat yang masih sayang dan menghargai jasanya menghiburkan mereka.