Rahsia nasi lemak sedap ‘berhantu’, rupanya ada benda yang perlu ditumis dulu

Rahsia nasi lemak sedap ‘berhantu’, rupanya ada benda yang perlu ditumis dulu

 

Antara komplen kaum wanita bila masak nasi lemak adalah kenapa nasik lemak yang dibuat tak sesedap yang dimakan di kedai.

Cukup masin, harum dan rasa lemaknya. Kalau nak tahu ada cara tertentu untuk hasilkan nasik lemak yang sedap.

Ini cara yang dikongsi oleh Nur Aisya yang sebelum ini sudah mencuba pelbagai resipi namun  cara inilah yang paling sedap sekali hasilnya.

Menurutnya sebelum masak nasi lemak tumis dulu bahan berikut:

Bawang besar hiris
Halia hiris
Halba
Daun pandan

Selepas wangi, masukkan beras dan goreng bersama bahan tumis tadi. Kemudian tuang santan dan air. Masukkan sedikit garam dan secubit gula.

Rasanya macam nasik lemak orang tua kita buat.

Hasilnya

Selamat mencuba.