Puteri Sarah sahut cabaran bekas bapa mentua, jadi Inspektor dalam drama Polis Peronda

Puteri Sarah sahut cabaran bekas bapa mentua, jadi Inspektor dalam drama Polis Peronda

 

Pelakon Puteri Sarah Liyana akui berdepan dengan pelbagai cabaran sebaik saat memegang watak sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam drama Polis Peronda terbitan Skop Productions.

Puteri Sarah berkata dia menyahut cabaran bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam untuk keluar dari zon selesa dengan mencuba watak baharu yang tidak pernah dilakonkannya selama ini.

Ini adalah satu watak baharu yang memang tak sangka akan dapat dan saya nak lakukan yang terbaik. Saya memang teringin sangat berlakon watak aksi.

Sebenarnya bila nak berlakon cerita ni menakutkan, sebab saya tak pernah jadi polis. Sebelum ni jadi perempuan teraniaya, tersakiti, cinta dan kali ini satu karakter lain daripada yang lain. Masa Datuk Yusof Haslam tawarkan watak tu, saya sahut cabaran.

Dalam pada itu, Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkata, berlakon dalam naskhah genre aksi bukanlah satu perkara yang mudah malah banyak persediaan yang perlu dilakukan termasuk dari aspek stamina.

Saya memang ada join kick boxing dan pergi gym. Untuk drama Polis Peronda ni, pelakon bukan duduk pejabat sahaja tapi kita semua kena keluar, berlari dan sebagainya. Memang penat lah.

Sementara itu, Puteri Sarah akui para pelakon menerima banyak ilmu sepanjang penggambaran drama Polis Peronda berlangsung.

Saya rasa saya ni tak berkaliber jadi anggota polis. Masa dekat set penggambaran, ramai yang membantu termasuk Datuk Yusof Haslam.

Saya pula dapat watak sebagai Inspektor iaitu satu pangkat yang agak tinggi. Cara polis bercakap, berjalan dan berdialong memang lain. Para pelakon juga dapat bimbingan daripada anggota polis yang betul.

Selain Puteri Sarah, drama Polis Peronda turut menampilkan Shah Iskandar, Raja Afiq, Ramona Zam Zam, Soffwany Yusoff dan ramai lagi.