Puteri Sarah kongsi ‘sisi gelap’ lain, menangis imbau tekanan dugaan perkahwinan

Puteri Sarah kongsi ‘sisi gelap’ lain, menangis imbau tekanan dugaan perkahwinan

 

Walaupun bahang mengenai kemelut Puteri Sarah dan suami sudah reda, namun masih ramai ternanti-nantikan pengakhiran takdir mereka berdua.

4 tahun bersabar bukanlah perjalanan yang mudah, akhirnya pelakon itu memilih bangkit daripada kesedihan demi kebaikan masa depan sendiri dan anak-anak.

Ini termasuklah memfailkan tindakan undang-undang kepada orang ketiga yang membuat gangguan.

Masa tu Syaikhul baru berumur 2 tahun, dia tak tahu apa-apa…Oh my god, I’am a bad mother

Bersama temubual Nona beberapa hari lalu, Puteri Sarah berkongsikan ‘sisi gelap’ lain yang dialaminya sepanjang bergelut dengan dugaan berat itu.

Tangisannya tidak dapat ditahan apabila mengimbau memori pahit bagaimana dia secara tidak sengaja berkasar kepada anak sulungnya, Syaikhul Islam.

Gara-gara terkena tempias stress ibunya, si kecil itu yang belum mengerti apa-apa sesekali terasa seperti tidak lagi disayangi.

“Susu Badan Jadi Kering” – Puteri Sarah Nangis Imbau Tekanan Dugaan Perkahwinan

“Susu Badan Jadi Kering” – Puteri Sarah Nangis Imbau Tekanan Dugaan Perkahwinan

@majalahnona

EKSKLUSIF! Cover Digital Nona edisi September 2022 menampilkan Puteri Sarah Liyana wanita kental yang kini berjuang mempertahankan hak anak-anak serta dirinya sebagai seorang isteri. Saksikan video penuh di Youtube Majalah Nona. #majalahnona #inspirasinona #puterisarahliyana #coverdigital #teaser2

♬ original sound – NONA – NONA

Saya rasa saya tak cantik, sangat buruk sampai saya down sangat

Bukan sahaja emosi, malahan kesihatannya turut terjejas sehingga tidak mampu memberikan susu badan kepada Sumayyah sampai usia 2 tahun.

Sebagai seseorang yang berpendidikan tinggi, Puteri Sarah akui suatu ketika dahulu dirinya sangat berkeyakinan tinggi. Namun ujian kehadiran orang ketiga dalam perkahwinannya bersama suami cukup mengubah segala-galanya.

“Susu Badan Jadi Kering” – Puteri Sarah Nangis Imbau Tekanan Dugaan Perkahwinan

“Susu Badan Jadi Kering” – Puteri Sarah Nangis Imbau Tekanan Dugaan Perkahwinan

“Susu Badan Jadi Kering” – Puteri Sarah Nangis Imbau Tekanan Dugaan Perkahwinan

Soalan terakhir…Siapakah Ira Kazar bagi you?

Dalam soalan terakhir, pengacara sempat bertanyakan siapakah sosok Ira Kazar daripada kaca mata seorang Puteri Sarah.

Bagaimanapun, pelakon drama ‘Ayat Dari Langit’ itu mengunci mulut dan tidak memberikan jawapan lanjut.