Puteri Balqis dituduh buka aib, ibu dedah semua kerja jahat bekas suami

Puteri Balqis dituduh buka aib, ibu dedah semua kerja jahat bekas suami

 

Pendedahan pelakon remaja, Puteri Balqis berkenaan kelakuan toxic bapa kandungnya dalam sebuah podcast benar-benar mengejutkan banyak pihak.

Melalui pengakuan tersebut, dia dan ibu dikatakan ditekan secara mental dan fizikal oleh bapanya sejak dari kecil sehinggalah ibu serta bapanya berpisah.

Namun, masih ada pihak yang mengatakan bahawa mereka membuka aib keluarga sedangkan ia adalah satu pendedahan jenayah yang pernah dilakukan oleh darah daging pelakon itu sendiri.

Ibu dedahkan lagi perkara jahat bekas suami

Susulan daripada itu, ibu kepada pelakon tersebut, Norashikin Mohd Aziz telah meluahkan rasa kesal dengan dakwaan-dakwaan netizen yang mengatakan anaknya membuka aib keluarga.

Justeru itu, Ashikin telah menulis di Insta Story anaknya dengan menjelaskan segala kelakuan buruk bekas suaminya yang sebelum ini kerap dianggap ‘mulia’ oleh orang sekeliling.

Main forex kata jenayah, menyamun bukan jenayah ke?

Pergi menyamun, pinjam ahlong

Hisap dadah, berhutang, letak pedang samurai dekat leher

Bayar kereta yang digunakan untuk menyamun oleh suami

Ada alasan kenapa tak buat report

Netizen hanya tahu meroyan

Tak menyesal dedah semua kebenaran

Puteri Balqis juga turut menulis di ruangan Instagramnya dengan mengatakan seburuk manapun ibunya, dialah yang sanggup menjaga serta membesarkannya dengan pelbagai caci maki masyarakat.

Tambahnya, dia dan ibu sama sekali tidak menyesal dengan pendedahan tersebut kerana apa yang dikatakan adalah proses yang dilalui dalam hidupnya sendiri.

Sejak semalam, tular di media sosial pendedahan berani pelakon remaja tersebut berkenaan kisah kehidupannya dengan bapa kandung.

Apa yang dikongsikan di saluran YouTube brosgang itu telah menuai pelbagai maklum balas dan ada di antara mereka menganggap ia sebagai aib yang didedahkan kepada umum.