Kerap alami gangguan, majikan non-muslim minta bantuan pusat rawatan Islam ‘pagar’ kilang

Kerap alami gangguan, majikan non-muslim minta bantuan pusat rawatan Islam ‘pagar’ kilang

 

Disebabkan kerap menerima gangguan daripada entiti tidak kelihatan, majikan non-Muslim minta pusat rawatan Islam untuk ‘memagar’ kilang miliknya.

Perkara itu dikongsikan akaun TikTok Pusat Rawatan Nur Zikir Hq apabila memuat naik video sewaktu melakukan proses ‘memagar’ kawasan parkir sebuah kilang dimiliki oleh seseorang yang bukan beragama Islam.

@pusatrawatannurzikirhq

boss kilang chinese panggil Team Nur Zikir, untuk buat pembersihan serta pemagaran tapak parking kereta di kilang miliknya, yang di ganggu dengan kelibat nenek tua berambut panjang di kawasan itu. katanya sudah pelbagai cara sudah di buat, tetapi masih ada. syukur🤲🏼. selepas selesai dari team kami gangguan itu sudah tiada, dan bos chinese itu meminta kami buat pemagaran lagi di beberapa kilangnya di lokasi yang lain. #pusatrawatannurzikir #nurzikirhq #jin #ruqyah #perawat #fypシ #rawatanislam #jin #susuk #pembersihan #pagar #nenektua #malaysiaindonesia🇲🇨🇲🇾

♬ bunyi asal – pusatrawatannurzikirHQ – pusatrawatannurzikirHQ

Menerusi rakaman video tersebut, para petugas di pusat rawatan Islam berkenaan sedang melaungkan azan di setiap penjuru kawasan parkir yang dipercayai mengalami gangguan daripada makhluk halus.

Berdasarkan kapsyen yang dinyatakan, majikan di kilang bekrenaan buntu kerana sudah pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkan kelibat makhluk halus dipercayai penampakan seorang nenek tua berambut panjang.

“Boss kilang chinese panggil Team Nur Zikir, untuk buat pembersihan serta pemagaran tapak parking kereta di kilang miliknya, yang di ganggu dengan kelibat nenek tua berambut panjang di kawasan itu. katanya sudah pelbagai cara sudah di buat, tetapi masih ada,” tulisnya.

Selepas proses ‘menghalau’ penampakan tersebut membuahkan hasil, majikan non-Muslim itu meminta pula pihak pusat rawatan ‘memagar’ kawasan parkir berkenaan dan juga beberapa lagi lokasi agar tidak diganggu oleh makhluk itu semula.

“Syukur. selepas selesai dari team kami gangguan itu sudah tiada, dan bos chinese itu meminta kami buat pemagaran lagi di beberapa kilangnya di lokasi yang lain,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut telah ditonton lebih dari 900,000 viewers selepas dikongsikan dua hari lepas di TikTok.

Pelbagai komen diterima dan ada diantara mereka turut berkongsi kisah hampir serupa apabila perlu berhadapan dengan situasi yang menyeramkan disebabkan gangguan-gangguan yang tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar.

Walau bagaimanapun, setiap apa yang dilakukan adalah ikhtiar sebagai manusia biasa dan setiap kebergantungan wajiblah kepada Maha Pencipta.