“Punca dari Facebook, TikTok la ni” – Ibu bapa sakan beli kopi supplement konon boleh rawat penyakit kronik, anak luah rasa bimbang

“Punca dari Facebook, TikTok la ni” – Ibu bapa sakan beli kopi supplement konon boleh rawat penyakit kronik, anak luah rasa bimbang

 

Boleh dikatakan kebanyakan orang dewasa likungan umur 40-an hingga 60-an masih percaya dengan suplemen kesihatan yang dijual oleh syarikat tertentu.

Melalui platform X baru-baru ini, seorang individu lelaki mendedahkan sikap ibu bapanya yang sering membeli suplemen kopi tidak berdaftar atau tidak ketahui sumbernya yang dikeluarkan di pasaran.

Disebabkan itu, dia berseloroh dengan berkata dirinya terpaksa menjadi ‘inspektor’ apabila pulang ke kampung untuk memeriksa segala suplemen-suplemen yang dibeli oleh orang tuanya.