“Puas hati dengar penampar tu…” – Tular video isteri cekup suami berdua-duaan atas katil dengan skandal

“Puas hati dengar penampar tu…” – Tular video isteri cekup suami berdua-duaan atas katil dengan skandal

 

Tular di TikTok rakaman video menunjukkan seorang wanita menangkap suaminya curang dengan wanita lain.

Lebih menyedihkan apabila mereka berdua dilihat berdua-duaan di atas katil sebuah bilik. Si suami hanya memakai seluar pendek tanpa baju.

Tak cakap banyak, si isteri mempersoalkan atas tujuan apa si penyondol berada di bilik itu. Dia kemudian dilihat menampar wanita itu berkali-kali.

@ntsha0__

takde niat nak mengaibkan or memalukan sesiapa tapi untuk pengajaran . stay strong , i stand for my friend . tak sangka kan . kesian my friend sbb kena hadap perempuan penyondol macamni #foryoupage

♬ suara asli – “𝟭𝟳” – “𝟭𝟳”

Difahamkan, video tersebut dimuat naik isteri di ruangan status aplikasi Whatsapp. Video kemudian dimuat naik semula oleh rakannya di TikTok untuk dijadikan pengajaran buat wanita di luar sana.

penyondol

Bukan setakat merampas suami orang, penyondol dikatakan menghina isteri sah dan anak-anak membuatkan isteri hilang sabar.

curang

Pemilik akaun TikTok ini hanya akan memadam video selepas penyondol meminta maaf di atas perbuatannya selama ini.