PU Syed tegur Caprice, lafaz sumpah perlu dilakukan dengan nama Allah

PU Syed tegur Caprice, lafaz sumpah perlu dilakukan dengan nama Allah

 

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed menerusi laman Instagram nya menegur kenyataan sumpah yang dibuat oleh penyanyi rap, Caprice baru-baru ini.

Perlu Dilakukan Dengan Nama Allah

Menurut PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri bin Syed Ishak, Caprice seharusnya membuat lafaz sumpah dengan menggunakan nama Allah dan bukanlah atas nama ibu dan bapanya.

“Buat saudara Aris bin Ramli aka Caprice, khas dan semua amnya, sumpah hendaklah hanya dilakukan dengan menggunakan nama Allah SWT atau salah satu sifat-Nya.

“Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa yang ingin bersumpah, maka hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah atau lebih baik diam.”
“Riwayat Imam al-Bukhari (3836) dan Imam Muslim (1646),”tegur PU Syed

Caprice Tidak Perlu Angkat Sumpah 

Dalam hantaran yang sama, PU Syed juga berpendapat Caprice tidak perlu mengangkat sumpah sebaliknya orang yang dituduh tersebut perlu berbuat demikian.

“Nasihat ambe, yang perlu bersumpah itu adalah beliau, bukan Caprice. Namun setakat ini belum nampak dia nak bersumpah.

“Sedangkan di dalam hadis ada menyatakan (bukti bagi yang mndakwa dan bersumpah bagi yang didakwa). Wallahualam,” katanya lagi

 

Terdahulu, Caprice bersumpah bahawa dia mengenali perangai sebenar sikap seorang pendakwah terkenal sehingga sanggup bersumpah atas nama ibu dan bapanya

“Wallahi atas nama ibu dan bapa saya, sejak isu Gaza, saya dah kenal siapa sebenarnya lelaki ini.” tulis Caprice

Ketika ini, Caprice terus mendedahkan pelbagai bukti dan juga isu berkaitan yang melibatkan seorang pendakwah sehingga menjadi tumpuan di media sosial.

Sumber: Murai