PU Rahmat tegur founder produk, “Berhenti jadikan Kaabah sebagai alat marketing”

PU Rahmat tegur founder produk, “Berhenti jadikan Kaabah sebagai alat marketing”

 

Wahai Founder Produk. Berhenti jadikan Kaabah sebagai alat marketing. Berhenti bawa produk kamu kedalam kawasan masjidil Haram.

OOTD baju juga diharamkan.

Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَبِيعُ أَوْ يَبْتَاعُ فِي الْمَسْجِدِ فَقُولُوا لاَ أَرْبَحَ اللَّهُ تِجَارَتَكَ

Maksudnya: Sekiranya kamu melihat seseorang yang menjual atau membeli di dalam Masjid, maka katakan padanya, “Allah tidak akan menguntungkan perniagaan kamu”

Riwayat al-Tirmizi (1321)

Jika kamu tidak insaf dan memohon maaf,

inilah doa saya,

Semoga bisnes kamu lingkup wahai Founder Produk yang menggunakan Rumah Allah sebagai Alat dagangan.

Rahmat  Ikhsan Mohd Sofyan