Polis temui semula kereta curi
Satu tangkapan kenderaan curi di Jalan Lahat, Ipoh dalam Ops Rentas hari ini dengan menggunakan saringan kamera iCOPS. Kenderaan tersebut dilaporkan hilang pada bulan Ogos 2020 di negeri Johor.
Untuk makluman, PDRM telah mempergiatkan penggunaan Kamera Pengimbas Nombor Pendaftaran Kenderaan (ANPR / i-COPS). Alat iCOPS ini dapat memudahkan operasi pengesanan Orang Kena Saman (OKS) yang mempunyai saman-saman tertunggak dan Waran Tangkap Trafik.
Peralatan ini juga dapat digunakan secara Live bagi mengesan kenderaan-kenderaan yang bersabit kes-kes jenayah seperti kenderaan curi, kenderaan klon dan sebagainya.
Sumber : Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Perak