Polis temui 5 pasang stoking tertera kalimah Allah di sebuah kilang Batu Pahat

Polis temui 5 pasang stoking tertera kalimah Allah di sebuah kilang Batu Pahat

 

Isu stokin tertera kalimah Allah di KK Mart baru-baru ini telah mencetus kemarahan umat Islam di seluruh negara.

Terbaru pihak polis mengesahkan lima pasang stokin tertera kalimah Allah telah ditemui di sebuah kilang yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat.

kalimah

Pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak polis mendapati lima pasang stokin itu dipulangkan semula oleh KK Mart di Bandar Sunway, Selangor.

Selain itu, pemeriksaan turut dilakukan ke atas 16 bungkusan stokin yang diimport dari China. Dikatakan proses yang dilakukan oleh kilang tersebut adalah pembungkusan semula dan pengedaran untuk pasaran tempatan.

kalimah

Dalam 16 bundle (stokin) yang terdiri 18,800 pasang itu, polis tidak menemui stoking baru yang tertera kalimah itu, setakat ini.

Polis membuka tiga kertas siasatan berhubung isu ini antaranya Seksyen 298 A dan Seksyen 506 (b) Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – KPD Batu Pahat –

Semoga dalang yang terlibat di sebalik penjualan stokin tertera kalimah Allah ini mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya.