Polis siasat dakwaan video lucah seksual libatkan pendakwah terkenal yang tular di media sosial

Polis siasat dakwaan video lucah seksual libatkan pendakwah terkenal yang tular di media sosial

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti dakwaan kononnya berlaku penularan video lucah yang membabitkan gangguan seksual melibatkan individu mirip pendakwah di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, satu kenyataan bakal menyusul dalam masa terdekat daripada PDRM namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Sebelum itu, media sosial hangat membincangkan tentang dakwaan mengenai video berkenaan.

Tinjauan di media sosial mendapati ada sebahagian turut memperkatakan isu yang seakan-akan sama dengan dakwaan berkenaan.

Ada juga mengaitkan ramai menjadi mangsa seksual individu yang dikaitkan perlu berani tampil membuat laporan sambil memberi beberapa nombor untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang penafian dan dakwaan secara terang-terangan dibuat oleh pihak-pihak tertentu.

Sumber: Malaysia Gazette