Polis saman kerana mendatangkan bahaya

Polis saman kerana mendatangkan bahaya

Polis menyaman empat penjaja jalanan yang berniaga di kawasan lampu isyarat, di sini, Selasa lalu kerana perbuatan itu mendatangkan bahaya.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, perbuatan berniaga di lampu isyarat adalah perkara mendatangkan bahaya kepada penjual dan pengguna lalu-lintas.

Menurutnya, pihaknya melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Taiping menjalankan Ops Penjaja Jalanan di sekitar Taiping pada Selasa lalu.

“Hasil operasi, polis mengeluarkan empat saman ke atas empat penjaja yang menjalankan perniagaan di kawasan lampu isyarat.

“Kesemua penjaja itu disaman kerana melakukan kesalahan 10 A (1) Jual Barangan/Risalah/Loteri.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak menjalankan perniagaan di kawasan ini dan boleh berniaga di tepi jalan yang lapang kerana lebih selamat dengan menggunakan kanopi,” katanya dihubungi media.

Terdahulu tular di laman sosial polis mengambil tindakan dan mengeluarkan saman ke atas beberapa peniaga yang menjalankan perniagaan di lampu isyarat di beberapa di Taiping.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/661634/saman-kerana-mendatangkan-bahaya