Polis mohon bantuan kesan G Kalaiselvam

Polis mohon bantuan kesan G Kalaiselvam

 

Polis meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang lelaki yang dikehendaki bagi siasatan kes berkaitan dadah.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Deputi Superintendan Wan Rosli Wan Hassan berkata, suspek dikenali G Kalaiselvam, 26, diperlukan untuk siasatan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan maklumat ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Inspektor Mechelle Emass Anak Madang Usat di talian 010-9301626,” katanya.

Sumber: Harian Metro