Polis ‘jerkah’ wakil rakyat gagal tunjuk surat rentas negeri
Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan beberapa pekebun durian yang menceroboh Hutan Simpan Kekal Batu Talam di Raub.
Tak habis lagi tentang isu tersebut, beberapa video berkenaan tindakan anggota polis yang terpaksa bertegas dengan beberapa ahli parlimen tular dan mendapat pelbagai respon daripada warganet.
Pegawai polis tegas jalankan tugas
Dalam satu video yang di muat naik keTwitter dan diambil dari TikTok @yassinsarifudin, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan kenderaanya diberhentikan pihak berkuasa.
Namun, disebabkan gagal menunjukan sebarang dokumen perjalanan merentas negeri memandangkan beliau merupakan ADUN dari Selangor, pihak berkuasa terpaksa mengambil tindakan.
Tahniah pada pegawai berkenaan. Cool dari awal hingga akhir, tapi pitching suara maintain tinggi. You make the team proud. Puas hati. pic.twitter.com/xsvA7XJrQe
— Projek Hitam (@projekhitam) July 6, 2021
Terangkan dua kali SOP rentas negeri atau daerah
Dapat di dengar dengan jelas yang pegawai polis berkenaan menerangkan bahawa ADUN dan ahli parlimen hanya dibenarkan merentas negeri atau daerah untuk tujuan melawat kawasan masing-masing sahaja, dan bukan berkaitan urusan lain.
Walau bagaimanapun, ahli parlimen Raub telah membenarkan ADUN berkenaan untuk meneruskan perjalanan atas budi bicaranya.
Ramai yang puas hati
Selain itu, pihak polis berpangkat Inspektor berkenaan juga menerangkan bahawa dia hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya.
Sehubungan dengan perkongsian yan tular itu, rata-rata warganet berasa ‘puas hati’ melihat ketegasan pihak polis dalam memastikan SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dapat berjalan dengan baik dan tiada sesiapa pun terkecuali andai melakukan kesalahan melanggar SOP.
“Polis ni jerit aku yang terketor”
Amanah & dedikasi dalam jalankan tugas
Baru gentlemen, panggil ambil gambar & video sekali
Difahamkan, ADUN tersebut datang ke Raub atas isu pekebun durian yang menceroboh Hutan Simpan Kekal Batu Talam di Raub.
Sebelum ini, 101 hektar pokok durian dimusnahkan selepas ditanam secara haram di kawasan hutan simpan tersebut dalam satu operasi yang dilakukan kelmarin.
Sumber: ohmymedia, Twitter @projekhitam, TikTok @yassinsarifudin