Polis buru Sajat kes tukar maklumat kad pengenalan

Polis buru Sajat kes tukar maklumat kad pengenalan

 

POLIS Ampang Jaya sedang menjejaki usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat untuk membantu siasatan kes menukar maklumat kad pengenalan.

Menerusi Facebook Polis Daerah Ampang Jaya Page, Sajat dikehendaki hadir ke prosiding perbicaraan kes di Mahkamah Ampang Jaya pada 22 Februari ini.

“Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Ampang Jaya sedang mengesan seorang saksi bagi membantu siasatan satu kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan yang sedang dalam prosiding perbicaraan di Mahkamah Ampang Jaya.

“Saksi perlu hadir pada 22 Februari 2022. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurut kenyataan sama, Sajat mempunyai alamat terakhir di No 2, Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

“Saksi berkenaan atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pengawai penyiasat Inspektor Matura Abdul Basher di talian 018-2053955,” katanya.