Polis bentang hasil forensik, temui luka besar di paha & kesan calar di kaki Tangmo Nida

Polis bentang hasil forensik, temui luka besar di paha & kesan calar di kaki Tangmo Nida

 

SUSULAN kematian Nida Tangmo Patcharaveerapong, pihak polis menemui luka besar pada bahagian paha kanan dan kesan calar di kaki kiri mendiang aktres itu.

Bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kecederaan yang dialami berpunca daripada kipas bot.

Selain itu, Kol Pol turut mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

Dalam masa sama, polis turut menemui kesan calar di lengan dan lebam di bahagian bahu salah seorang individu dalam bos yang sama.

Namun calar tersebut bukan daripada cakaran kuku, manakala lebam disebabkan hentakan objek keras.

Nida 3

Kedua-dua kesan itu bukan daripada pergaduhan dan disahkan lebih dari lima hingga tujuh hari.

Selain itu, pihak polis juga akan mengambil masa beberapa hari bagi mengesan jika terdapat kesan air kencing di belakang bot dan pakaian mendiang.

Sementara itu pihak polis tidak dapat menjalankan siasatan ke atas lima individu yang terkait tanpa persetujuan.

Kesemua lima individu disebut sebagai saksi dan bukan tertuduh.

Mayat Tangmo, 37, ditemui pada Sabtu selepas tiga hari dilaporkan terjatuh dari sebuah bot di Sungai Chao Phraya.