Point utama dalam kes SRC adalah duit pencen KWAP RM4 bilion, melibatkan dana awam

Point utama dalam kes SRC adalah duit pencen KWAP RM4 bilion, melibatkan dana awam

 

Dalam kes SRC melibatkan Najib, yang buat aku marah sangat bukan soal perbelanjaan Najib, duit yang masuk dalam akaun Najib sebanyak RM42 juta yang dia dengan bini dia enjoy merata. Tapi soal duit pencen KWAP yang diluluskan dengan mudah kepada SRC yg dikaitkan dengan 1MDB.

Kalau itu duit dari hasil syarikat dan tauke Judi macam saham pak sedara dia hat ada jasa kepada tauke judi Genting tu lantak pi lah. Tapi ini melibatkan dana awam, bahasa mudahnya duit mak bapak kita dalam tabung Amanah Pencen. Bukan sikit, RM4 billion.

Dalam perbicaraan kata ia diluluskan hanya dengan satu kertas dan tandatangan hanya dari proposal projek Arang batu di Mongolia yang kita tak tahu entah kemana. Bukan syarikat senarai awam pun. Kata Pengarah KWAP itu jumlah terbesar pernah diluluskan. RM4 billion itu boleh bagi 40 ribu rumah bernilai RM100 ribu secara percuma pada rakyat.

Nilai RM4 billion di zaman Tun mungkin kita boleh nampak pengambil alihan syarikat besar seperti MISC, Proton, Renong, PLUS yang Kerajaan akan dapat hasil dividen berbillion setahun, selamatkan beratus ribu peluang pekerjaan kalangan anak Melayu. Tapi apa manfaat RM4 Billion duit KWAP hat dibagi pada SRC?

Tapi RM4 billion zaman Najib bagi pada SRC yang takda apa apa. Takda sapa kenal SRC. Cuma makcik UMNO kata SRC tu rumah anak yatim. Itulah Jahatnya Najib penyangak. Tu yang buat aku marah. Tu sebab zaman Najib Razak, tak heran, Khazanah dia boleh melabur dalam syarikat pakaian dalam wanita lebih RM80 juta. Tapi melepaskan peluang melabur dalam Grab yang diasaskan anak tempatan.

Di Indonesia, biarpun ada Grab, Ada Shopee LAzada, tapi tetap ada syarikat bernilai billion dollar seperti Gojek dan Bukalapak dan Tokopedia milik anak tempatan. Di Malaysia hat ada Bapak Penyamun yang tak tahu malu..!

Ipohmali