Plot twist ibu tiba-tiba sudi maafkan pemilik & pemandu bot, ini reaksi abang Tangmo Nida

Plot twist ibu tiba-tiba sudi maafkan pemilik & pemandu bot, ini reaksi abang Tangmo Nida

 

Sebelum jasad anaknya belum ditemukan lagi, Panida Siriyuthayothin sering menuntut keadilan bagi mengetahui siapakah pelaku sebenar di sebalik insiden malang yang menimpa mendiang Tangmo Nida. Bagaimanapun ‘plot twist‘ semalam mencetuskan perdebatan hangat apabila dia sudi maafkan Por (pemilik bot) dan Robert (individu yang pandu bot) selain dijanjikan pampasan 30 juta baht (sekitar RM3.82 juta) daripada Por.

'Plot Twist' Mak Tiba-Tiba Sudi Maafkan Pemilik Bot, Ini Reaksi Abang Tangmo 2

Ibu terima pampasan 30 juta baht untuk ‘maafkan’ sahabat Tangmo

Menerusi rancangan temubual di TV semalam, Panida akui awalnya memang marah dengan 5 sekawan tersebut. Namun hatinya lembut untuk memaafkan Por kerana konsisten menelefonnya setiap hari merayu agar diampunkan, selain berjanji untuk menjaga dirinya seperti dilakukan oleh mendiang Tangmo sebelum ini. Mengulas tentang nilai pampasan pula, ia berdasarkan jumlah yang telah dikiranya sendiri.

“Por seorang yang sangat sopan, dia minta supaya kirakan pendapatan kasar anak saya. Katakanlah jika Tangmo memperoleh 800,000 hingga 1 juta baht hasil membintangi satu siri TV. Jika dia hidup selama 30 tahun lagi, maka saya boleh darabkan jumlah itu dengan 30. Ini pun belum termasuk dengan pendapatannya sebagai model bagi setiap sesi photoshoot.

@gmhgft

Kesian Tangmo 😭 #แตงโมนิดา #tangmonida #fyp #fypthailand #fypmalaysia #fypindonesia #raikantopeni

♬ original sound – Thing – Thing

Reaksi abang Tangmo mengenai tindakan ibu

Selain daripada netizen, antara pihak yang turut terkilan mendengar keputusan itu adalah abang kepada mendiang sendiri. Menerusi Facebooknya, Dayos Dechjob menulis status ringkas bermaksud ‘kecewa’ sambil memaparkan emoji hati yang berkecai. Terdahulu, lelaki ini juga terlibat dalam misi mencari jasad Tangmo Nida sekali gus mengesahkan identitinya kepada pihak polis.

Sementara itu, penyanyi dan juga pelakon terkenal Thailand iaitu Jennifer Kim turut memuat naik status bernada sindiran terhadap ibu mendiang melalui akaun Instagramnya. Dia juga merupakan antara rakan baik Tangmo Nida dalam industri hiburan di sana.

“Saya cukup yakin bahawa wang boleh membeli segala-galanya. Dan hari ini saya masih percayakan kenyataan tersebut kerana wang juga boleh membeli keibuan pada seseorang.”

'Plot Twist' Mak Tiba-Tiba Sudi Maafkan Pemilik Bot, Ini Reaksi Abang Tangmo 5