“Plot twist banyak” – Terkejut Marissa Dania kongsi foto bersama adik, kakak Umisya tampil bersuara

“Plot twist banyak” – Terkejut Marissa Dania kongsi foto bersama adik, kakak Umisya tampil bersuara

 

Kakak kepada Umisya Mazlan, Nadia Mazlan tampil memberi kenyataan berbaur kejutan gara-gara tindakan Marissa Dania yang secara tiba-tiba memuat naik foto bersama adiknya di Instagram.

Tulis Nadia, meskipun adiknya ada mengeluarkan kenyataan sudah menerima takdir untuk hidup bermadu, namun ia bukanlah tiket untuk orang lain di luar sana ‘mempergunakan’ Umisya.

Marissa misya

Tiba-tiba keluarkan gambar berdua. Dia (Misya) diam, dia reda, dia mengalah, dia berdamai dengan takdir bukan tiket untuk orang lain boleh ‘gula-gulakan’ dia.

Awak jangan lupa, dia bukan seorang ya. Ada ramai di belakang dia.

Nadia juga mempersoalkan tindakan Marissa yang seolah-olah memberi bayangan sudah berbaik dengan Umisya selain menganggap anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim itu sbeagai psiko.

Nak tanya, raya ada minta maaf tak? Betul ke dah berbaik? Betul ke tak meroyan? Sekejap lagi nak beli popcorn, cerita psiko ini best layan. Plot twist banyak.

kakak

Terdahulu, Marissa ada memuat naik foto bersama Umisya dengan kapsyen seperti sudah berbaik dan berdamai.

Namun, isteri pertama Aslam itu menafikan bahawa hubungan mereka baik seperti yang digambarkan Marissa sebaliknya sudah lama tidak bertegur sapa semenjak kisah rumah tangganya menjadi sorotan di media sosial.