PKR Perak gusar tentang Belanjawan 2021

PKR Perak gusar tentang Belanjawan 2021

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak menyifatkan Belanjawan 2021 yang memperuntukkan sebanyak RM322.5 bilion semalam boleh menimbulkan kegusaran.

Pengerusinya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, angka-angka yang diperuntukkan itu dilihat agak jauh dari realiti ekonomi sebenar negara.

“Kita meletakkan harapan kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli Parlimen yang lain untuk bantu membahaskan demi pencerahan buat rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau menerima baik tambahan peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi membendung gelombang ketiga pandemik koronavirus (Covid-19) tahun depan.

“Bagaimanapun, beberapa inisiatif yang diusulkan perlu diperhalusi supaya tidak ada yang tertinggal hanya kerana kurang layak menerima bantuan.

“Selain itu, wajar bagi Kerajaan Perikatan Nasional menerima pendapat pihak pembangkang sewaktu perbahasan kelak dalam memastikan usaha pemulihan dan lonjakan semula ekonomi negara adalah satu realiti yang boleh dikecapi,” katanya.

Sumber: Sinar Harian