PKPB di seluruh negeri Perak bermula 9 Nov hingga 6 Dis

PKPB di seluruh negeri Perak bermula 9 Nov hingga 6 Dis

Selain itu katanya, PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan daerah-daerah yang terjejas di Sabah juga akan dilanjutkan selama 28 hari lagi.

Empat negeri yang tidak terjejas adalah Perlis, Pahang, Kelantan dan Sarawak.

Bagaimanapun, penduduk di negeri-negeri tersebut tidak dibenarkan melakukan perjalanan ke negeri lain melainkan perjalanan rentas daerah masih dibenarkan.

Bagi Sarawak, penduduk di negeri itu dibenarkan melakukan perjalanan ke mana-mana daerah di negeri ini kecuali Kuching.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Wisma Saberkas dan Jalan Greenhill di Kuching mulai esok hingga 21 Nov.

Ini susulan lonjakan kes Covid-19 di kawasan berkenaan yang menyebabkan wujudnya enam kluster.

Ismail berkata, pelaksanaan PKPD ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan melakukan saringan bersasar dan menyekat penularan wabak dalam komuniti setempat.

Di Perak, kerajaan memutuskan untuk menguatkuasakan PKPD di sekolah Maahad Al-Yahyawiah di Kuala Kangsar, Perak mulai esok hingga 21 Nov.

Sementara itu, PKPD di PPR Sri Balung dan Taman Semarak di Tawau akan berakhir esok seperti yang dijadualkan.

Sumber: Malaysiakini