PH-BN setuju bentuk kerajaan di Perak

PH-BN setuju bentuk kerajaan di Perak

 

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) hari ini bersetuju untuk mengadakan kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri Perak.

Dalam satu kenyataan bersama, perincian mengenai ketetapan itu akan diumumkan sesegara yang mungkin.

“BN dan PH secara bersama telah memenangi 33 kerusi majoriti di DUN Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang telah diadakan pada 19 November lalu.

“Demi kepentingan rakyat dan negara, BN dan PH Perak telah bersetuju untuk membentuk kerajaan negeri Perak serta maklumat terperinci akan diumumkan dalam masa yang terdekat,” katanya hari ini.

PRU15 menyaksikan BN hanya memenangi sembilan daripada 59 kerusi DUN Perak, menjadikan ia keputusan terburuk pernah direkodkan parti itu.

Keputusan di DUN sama turut menyaksikan Perikatan Nasional (PN) berjaya menawan 26 kerusi, manakala PH memenangi 24 kerusi.